Hari Raya Medan KAMI Bersilaturrahim



KUALA NERUS - Kelab Aktivis Media Insipirasi (KAMI) tidak terkecuali meraikan sambutan Syawal pada Kali ini dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sebagai medan untuk bersilaturrahim.

Pengerusinya, Naraza Muda berkata pihaknya sentiasa sedar akan kepentingan hubungan erat diantara pemimpin negeri di semua peringkat serta agensi berita dalam memperkasakan lagi peranan KAMI untuk turut berperanan mempertahankan kemenangan PAS di negeri ini.

"Dengan bertemu dan berkumpul seperti ini dapat memberi peluang dan ruang untuk saling bertukar-tukar pandangan dalam mendepani arus semasa dunia media pada hari ini.

"Sepetimana kita tahu pada tahun ini kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah tentu KAMI menjadikan Syawal ini untuk lebih bersemangat untuk mengatur pelbagai agenda, gerak kerja serta menyusun langkah mengadakan persiapan untuk menyediakan tenaga kerja yang mantap bagi menghadapi PRN," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka KAMI, di Green Villa Homestay Seberang Bukit Tumbuh, Seberang Takir, malam tadi.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Adram Musa, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, pemimpin setempat serta ahli keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, Naraza Muda memberi peringatan kepada pasukan media yang 'Pro' PAS tidak ambil mudah dan tidak merasa selesa menghadapi PRN pada Kali ini.

"Sebaliknya perlu bekerja keras bagi mempertahankan kerajaan ini yang sangat disenangi oleh rakyat, adalah perlu untuk setiap maklumat sampai kepada setiap rakyat.

"Dalam masa yang sama kita yakin pakatan antara PHBN tidak akan berdiam diri untuk melakukan apa sahaja bagi menghalang gelombang anak muda memilih Perikatan Nasional.

"Jika kita tidak ambil mudah, maka kita akan lebih bersedia dan berkerja dengan lebih gigih dalam memastikan kemenangan kita untuk merampas kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) insya-Allah 32-0 jadi milik kita," ujarnya lagi.

Ulasan