Semua rakyat negeri ini dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT).
Setiausaha BPPNT YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program tersebut akan diadakan pada 27 Syawal 1444H bersamaan 18 Mei 2023.
"InsyaAllah pada hari Khamis ini bertempat di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu, saya mewakili pemimpin PAS semua peringkat menjemput seluruh rakyat untuk sama-sama memeriahkan Majlis Rumah tersebut,
"bermula jam 11.00 Pagi sehinggalah jam 3.00 Petang, jemput belaka adik kakak sekelian," ujarnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, selain dapat 'bertemu mata dan bertegur sapa' dengan pemimpin, pelbagai juadah menarik antara nya termasuk nasi, laksa, sate, ayam dan kambing golek.
Ulasan