PAS Terengganu Sudah Bersedia Hadapi PRN


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sudah bersedia sepenuhnya untuk menyertai pilihan raya negeri dengan pelancaran 10 manifesto PAS Terengganu secara berperingkat, bermula minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran manifesto itu adalah kesinambunagan daripada kejayaan yang dicapai melaksanakan 20 tawaran PRN 14 lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, PAS akan membuat beberapa kejutan sebelum PRN dengan pengumuman kemasukan tokoh-tokoh pemting negara ke dalam parti itu.

Kata beliau, pihaknya sedang merangka strategi sebelum mengisytiharkan kemasukan individu-individu terbabit.

“(Kemasukan nama-nama besar) insya-Allah ada, kita akan menyusun gelombang ini untuk seluruh negeri.

“Bermula sekarang hingga pilihan raya negeri nanti usaha itu digarap supaya mesej itu diterima rakyat,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di sini semalam.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Senator Dato’ Haji Husain Awang mengisytiharkan dua janji jika kekal memerintah pada penggal akan datang.

“Pertama, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal secara Qardul Hassan (tanpa interest) untuk kerjaya maksimum RM4,000,

“dan keduanya ialah menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 untuk setiap kematian rakyat Terengganu.” ujarnya pada Program Himpunan Teguh Pertahan (HTP) peringkat kawasan Kemaman." kata Ahli Dewan Negara itu ketika merasmikan program HTP di Padang Awam Binjai, selama tiga hari pada 27 hingga 29 April 2023.

Justeru itu Ahmad Samsuri memaklumkan, agihan kerusi antara komponen Perikatan Nasional (PN) belum selesai sekali gus menafikan Bersatu Terengganu hanya diperuntukkan empat kerusi.

“Libat urus antara negeri-negeri telah dilakukan, tinggal lagi perbincangan kesemua kepimpinan tertinggi daripada setiap parti dalam PN untuk memuktamadkan agihan keseluruhan kerusi itu.

“Kita sedang cari tarikh yang sesuai untuk membincangkan perkara itu memandangkan kita masih dalam suasana Aidilfitri, visi PN adalah untuk memastikan kemenangan yang maksimun,” katanya.


Ulasan