'Pulau' Dan Filem Sampah


 Oleh : KakiWayang

Saya seorang yang gemar menonton filem dan saya tak marah kalau ada orang yang panggil saya 'taik filem'. 

Tapi saya hanya suka karya yang 'ada mesej', positif dalam dalam pembikinannya.

Selain itu, semua yang lain, saya anggap 'filem sampah' kering idea dan menonjol hanya soal 'totok tentang cintan' dan berbaur seks.

Lebih-lebih lagi kalau filem tempatan mengenengahkan plot yang tidak 'real' yang direka-reka, tak sampai habis menonton, tekak menjadi mual.

Antara contoh filem yang belum pun ditayangkan lagi, sudah timbul pelbagai polemik, seperti filem Pulau.

Namun filem umpamanya 'Mat Kilau' belum disajikan lagi pun, sudah menjadi sebutan, mendapat pujjan. 

Banyak lagi filem sampah, samada drama bersiri dikaca TV atau sebarang 'flatform' yang menjaja jalan cerita yang sama, kisah cinta 'orang-orang kaya' yang saya yakin, tidak pernah berlaku dalam kehidupan sebenar rakyat Malaysia.

Filem yang bermutu tidak perlu publisiti dan semua orang tahu dan hayati, memang ia ada kelas, kerana memaparkan kejadian yang benar berlaku dalam kehidupan seharian insan.

Samada penulis skrip, penerbit, pengarah mahu pun semua warga yang terlibat dengan industri kreatif, perlu banyak buat kajian, bagi menentukan kualiti sesuatu karya.

Antara kriteria filem sampah adalah filem yang dibikin untuk melahirkan produk sesuatu barang atau perkhidmatan.

Filem dihasilkan semata-mata untuk mempromosikan jualan, tanpa mengambil kira selera dan kesan kepada khalayak.

Semua karyawan perlu membuat kajian, apa yang menjadikan filem-filem P. Ramlee tidak pernah jemu ditonton, walaupun diputar ribuan kali.


Ulasan