Terengganu Ketujuh Dalam Senarai Rakyat Miskin E-Kasih

 


Fakta dan data menunjukkan negeri Terengganu berada kedudukan ketujuh dari segi bilangan rakyat miskin berdaftar dengan e-Kasih.

Ahli Jawatamkuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun selalu ‘dimomokkan’ sebagai sebuah negeri yang miskin, kepimpinan kerajaan negeri tidak pernah berhenti, untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Statistik peserta e-Kasih mengikut negeri, Sarawak 29,081, Sabah 22,920, Kelantan 11,439, Kedah 11,326, Perak 9,155, Selangor 6,834, Terengganu 6,534 orang,

“Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berulang kali sebut, Terengganu ramai rakyat miskin. Kita akui, kita hadapi realiti dan kita terus bekerja untuk membantu rakyat.” ujarnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman social rasminya.

Namun begitu, kata beliau, nama-nama yang disenaraikan dalam data tersebut perlukan pemutihan kerana katanya, beliau mengesan ada kalangan yang tidak layak telah didaftarkan dalam senarai e-Kasih.

“saya pernah kesan seorang Guru Besar sekolah yang namanya ada dalam senarai e-kasih di Jabi.” jelas beliau.


Ulasan