200 Asnaf Terima Daging Korban


 KUALA NERUS - 200 orang asnaf yang tinggal dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir telah menerima daging sempena  Majlis Korban Perdana. 

Isteri Pengarah Majlis Tindakan DUN itu, Tengku Aspaniza Tengku Aziz berkata Program ini merupakan acara tahunan sejak dulu lagi bagi DUN Seberang Takir.

"Jadi dengan program sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menyediakan hidangan menu daging di rumah," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Pejabat DUN Seberang Takir, di sini pagi semalam. 

Menurutnya sebanyak 18 ekor lembu telah diqurbankan hasil sumbangan Pengarah MTD. 

"Saya gembira bila melihat kehadiran orang ramai,  termasuk  petugas - petugas parti seperti muslimin, muslimat, Ameerah dan Pemuda yang turut sama di samping itu ada Cabutan Bertuah untuk petugas Tahniah kepada yang bertuah harini." ujarnya.

Ulasan