Anak Muda Kecewa Prestasi PHBN

 


PN Bakal Menang Besar

MARANG- Kekecewaan anak muda terhadap prestasi kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan menjadi faktor yang akan menyumbang kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Kekecewaan anak muda terhadap kerajaan hari ini tidak dapat diselindungkan lagi yang akan menyaksikan pertambahan bilangan undi yang besar di PRN nanti.

Justeru katanya, pengundi muda sangat diberikan tumpuan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam menghadapi PRN pada kali ini.

"Kita melihat bahawa sokongan pengundi muda terhadap kepada PN sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU Ke-15 peringkat parlimen) momentumnya Masih berkekalan.

"Saya kira orang muda sangat Kecewa terhadap Kerajaan PHBN inj yang akan mereka tunjukkan dalam kertas undi nanti," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, pada Selasa.

Ujarnya, di Terengganu sokongan anak muda terhadap PAS sangat tinggi yang akan membuktikan bahawa PAS bukan Kerajaan sepenggal sebagaimana yang dikatakan segelintir pihak.

"Saya melihat sokongan anak muda di Terengganu di saluran empat, lima Dan enam sangat-sangat tinggi hampir mencecah 90 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, memang menjadi harapan pihaknya calon muda diketengahkan Seramai mungkin kerana akan memberi peluang untuk turut menyumbang peranan yang besar dan PAS memiliki ramai anak muda yang layak untuk jadi calon serta tidak ketandusan.

"Calon muda ada di semua kawasan, tetapi apabila sampai kepada peringkat tapisan terakhir sudah tentu apa yang menjadi keutamaan adalah kepada calon yang menunjukkan kepada peratusan yang boleh membawa kepada kemenangan kepada sesuatu kawasan.

"Calon yang kita hendak letakkan di Kelantan dan  Terengganu bukan calon yang hanya diletakkan kemudian pergi entah ke mana.

"Sudah tentu calon yang sudah dikenali oleh orang tempatan sebagaimana yang saya sebutkan tadi boleh membawa kepada kemenangan dan kejayaan," ujarnya lagi.

Ulasan