Anak Muda Perlu Bangkit Tolak Penyelewengan 'Luar Tabie'


 Oleh ; Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - Anak muda diseru agar sama-sama bangkit tolak segala bentuk penyelewengan 'luar tabie' yang kini  bermaharajalela di peringkat pusat. 

Pengarah Majlis Tindakan DUN PAS Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, golongan muda harus ke depan bersuara menolak perkara negatif daripada terus memusnahkan masa depan mereka.

"Anak muda sekarang lebih cerdik dan celik berkenaan isu semasa.

"Kuasa untuk memilih parti yang baik ada di tangan mereka. 

"Jangan lepaskan peluang keemasan ini," jelasnya.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan perbezaan yang berlaku di zaman pemerintahan Umno dan PAS mengambil alih lima tahun.

Katanya, PAS berusaha bagi memartabatkan syariah di negeri ini berbanding pada zaman Umno dulu.

"Ya,, saya sangat setuju perbezaan sangat ketara antara pemerintahan Umno dan PAS.

"Bahkan seluruh pergerakan dan tindakan kerajaan hari ini mengikut landasan syariat.

"Sehinggakan kita mampu ubah Jom Heboh kepada patuh syariah, pawagam yang beroperasi waktu maghrib pun kita minta ubah waktu lain.

"Kita ajar rakyat bersama dengan suasana Islam," jelas beliau.

Beliau menambah, Kerajaan PAS tidak menganaktirikan pembahagian bantuan walaupun mereka ini adalah Ahli Umno. 

"Penterjemahan 'adil' dari sudut pembahagian kepada rakyat sangat dirasai oleh masyarakat keseluruhannya, 

"Tidak sebagaimana zaman Umno seperti yang disebut oleh Mat Said sendiri "mu undi aku, aku bantu mu"," tambahnya lagi.

Ulasan