DUNGUN - PAS serius untuk melaksanakan hudud tetapi yang menjadi halangannya kelulusan di Parlimen dan hanya pihak yang berniat jahat sahaja mempersoalkan kesungguhannya.
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Rantau Abang, Wan Mazli Wan Dagang menempelak golongan yang ketandusan isu semata-mata untuk mengalih sokongan terhadap parti Islam itu.
"Kalau mereka betul - betul tidak tahu kita menganggap ianya jahil tetapi kalau sebaliknya maka mereka berniat jahat terhadap PAS," bidas ya lagi.
Wan Mazli berkata demikian ketika berucap di Majlis Liqa Teguh Pertahan di Dewan PASTI Al Kauthar di sini pada 20 Jun lepas.
Program anjuran Muslimat PAS DUN Rantau Abang menghimpun seluruh petugas muslimat di DUN tersebut.
Beliau yang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Dungun mengingatkan supaya muslimat mesti memastikan solat tahajjud sekurang-kurangnya dua rakaat.
"Solat witir juga kena buat walaupun satu rakaat kalau tidak dapat lakukan tiga rakaat kerana ini kekuatan kita untuk berhadapan dengan musuh," katanya.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS DUN itu berkata petugas sudah mula turun padang berkempen sejak tahun lepas lagi.
" Adalah penting kepada mereka membina kekuatan dalaman dan di masa yang menjaga kesihatan diri dalam. menjayakan misi Teguh Pertahan, PAS Terengganu "katanya ketika dihubungi semalam.
Ulasan