Jadikan Ibadat Korban Satu Budaya


 KUALA NERUS - Ibadat korban pada Hari Raya Aidil Adha diharap dapat diamalkan dan menjadi budaya dalam kalangan umat Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Kuala Nerus, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, amalan yang baik pada hari raya haji, menurut Nabi SAW adalah menumpahkan daean binatang korban.


"Nabi sendiri berkorban nenyembelih Kibas atau biri-biri,

"baginda juga menyebut barangsiapa yang ada kemampuan dan tidak berkorban, jangan datang dekat dengan tempat sembahyang kami," jelas Mudir Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTTDI) itu.


Ketika ditemui awal pagi Khamis, beliau berkata, Korban Perdana yang diadakan selama dua hari itu adalah kerjasama antara MTT, Masjid Janek Tok Jiring dan JPKK.

"Jumlah keseluruhan lembu kali ni adalah 25 ekor dan kambing 40 ekor, 

"terima kasih kepada semua pihak yang turut serta," tambahnya.



Menurutnya, korban menjadi syiar Islam adalah sunat muakkad yang dituntutdalam mazhab Shafie untuk dilakukan, bahkan ada pendapat ulamak yang mewajinkan ibadat itu.

"Tak tahulah kalau ada orang yang kata amalan ini tak ada dalil, dia kena belajarlah supaya faham, insyaAllah," kata beliau.



Ulasan