Jentera PAS Masih Segar


MARANG - PAS tidak akan berhadapan masalah mengerakkan gerak kerja serta kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Kali ini kerana jenteranya Masih 'fresh' dan bertenaga.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri ini, Ariffin Deraman berkata,  seluruh Petugas PAS di semua peringkat telah pun berada dalam keadaan bersiap sedia.

"Kita tiada masalah sebab dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15  pada November lalu kita istilahkan sebagai simulasi pilihan Raya.

"Dengan  menjadikannya sebagai 'training ground' jadi jentera kami (PAS) masih panas-panas lagi.

"Beberapa tempat didapati masih mengekalkan bendera yang dinaikkan sebelum ini, semua orang Masih 'fresh' lagi," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A bagi tiga Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Alor Limbat, yang diadakan pada Khamis, di Dewan Sivik Bukit Payong.


Mengenai perjalanan kempen ketika PRN nanti, ujarnya PAS mengambil sikap menerapkan fakta yang tepat dalam ceramah serta sebarang melalui platform media sosial.

"Berpandukan fakta, kita menerapkan disiplin ini sejak dahulu.

"Budaya kita memang begitu sejak daripada dahulu, jika ada penceramah terutamanya kalangan pemimpin di peringkat bawah ada tersilap fakta kita akan panggil untuk tegur," ujarnya.

Mengenai tarikh pembubatan DUN pula  Ariffin menjangkakan akan berlaku antara 27 hingga 28 kerana ia merupakan masa yang sesuai.

"Bergantung kepada Menteri Besar Terengganu, tetapi saya yakin selepas program di istana Syarqiyyah (sempena Hari Keputeraan Baginda), akan berlakulah pembubaran DUN," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan komitmen akan memastikan kemenangan PAS termasuk Bersatu di semua kerusi yang akan ditandingi.

"Saya dah berikrar untuk membantu rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) untuk membawa kemenangan kepada mereka jadi diaorang pun gembira," katanya lagi.

Ulasan