Dr. Salah Abdel-Haq dilantik sebagai Pemangku Mursyidul Am menggantikan almarhum Prof. Ibrahim Mounir, yang meninggal dunia November lalu di ibu negara Britain, London.
Pengumuman itu dibuat melalaui laman web “Muslim Brotherhood”, Ikhwanul
Muslimin mengumumkan pemilihan beliau setelah pemangku sebelumnya, kembali ke
rahmatullah.
Difahamkan, gerakan Islam itu belum melantik pengganti Musrsyidul Am almarhum Dr.
Muhammad Badie, setelah beliau dijatukan hukuman mati oleh rejim Al-Sisi.
Siapa Salah Abdel Haq?
Dr. Salah Abdel-Haq dilahirkan di Kaherah pada tahun 1945, dan menyertai Ikhwan
pada tahun 1962.
Abdel-Haq telah ditangkap pada usia 20 tahun di penjara tentera selama kira-kira
sembilan tahun dari 1965 hingga 1974, kemudian dia keluar selepas itu untuk
mempraktikkan aktivitinya melalui kerja-kerja Islam pelajar di universiti Mesir
pada tahun tujuh puluhan.
Beliau lulus dari Fakulti. Perubatan di Universiti Ain Shams pada tahun 1976,
dan bekerja sebagai pakar dermatologi. .
Semasa dipenjarakan pada tahun enam puluhan, beliau menemani Dr. Muhammad
Badie, dan Dr. Mahmoud Ezzat, yang kini masih ditahan di penjara Mesir.
Salah Abdel Haq mengembara ke Arab Saudi pada tahun 1985 dan bekerja di sana
sebagai pakar bidang yang sama.
Beliau berkahwin dengan anak Dr Abd al-Rahman Raafat al-Basha. Profesor Sastera
dan Kritikan di Universiti Imam Muhammad bin Saud.
Beliau mengambil alih "Forum Pendidikan Islam Antarabangsa" selama
lebih daripada lima belas tahun.
Dr Salah telah dipilih sebagai ahli Majlis Syura Am Ikhwan, dan sebagai wakil
Persatuan Ikhwanul Muslimin Mesir di luar negara - semasa tempoh Allahyarham
Ibrahim Mounir bertindak sebagai Pemangku Mursyidul Am.
Sejak 2013, Ikhwan telah menghadapi tindakan keras, dan ramai pemimpin dan
ribuan penyokongnya berada dalam penjara dan buangan.
Ulasan