Masa Depan Terengganu Dalam Bahaya Jika PH-BN Tadbir

 


KUALA TERENGGANU - Berdasarkan sejarah lampau, masa depan Terengganu berada dalam keadaan cukup berbahaya jika PH-BN mentadbir.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pergolakan antara Dato’ Seri Ahmad Said dengan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hingga menimbulkan pelbagai masalah masih segar dalam ingatan rakyat Terengganu.

Katanya, perseteruan itu bukan perkara main-main kerana Ahmad Said mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif yang merupakan Menteri Besar ketika itu. 

“Rekod berbalah sesama parti sudah ada, kini berbalah dengan parti komponen pun sudah ada dan jadi penyebab parti komponen kawan berbalah sesama sendiri pun sudah ada. 

“Sebelum daripada ini PKR melalui Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad, telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan kerusi sasaran utama PKR iaitu DUN Bandar. 

“Malangnya, Ahmad Said menunjukkan sikap 'abang besar'nya apabila menempelak PKR agar mengukur baju di badan sendiri. Persoalan ‘berapa cawangan PKR ada di Kuala Terengganu?’ sukar untuk dijawab PKR,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Kata Ariffin lagi, Azan Ismail cuba meredakan masalah perebutan kerusi itu, beliau memujuk Pengerusi BN Terengganu terbabit dengan mengangkat Ahmad Said sebagai 'posterboy'.

Namun ujarnya, sekali lagi malang tidak berbau, Raja Kamarul Bahrin Shah yang merupakan Pengerusi PH Terengganu pula muncul mempertikaikan keputusan mengangkat DSAS sebagai posterboy tidak pernah dibincangkan. 

“Angkara sikap abang besar Ahmad Said, menyebabkan PH iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR pula yang bergolak. Situasi ini melengkapkan lagi siri-siri pergolakan dalaman yang dimulakan Ahmad Said.

“Bagi berdepan dengan sikap abang besar Ahmad Said ini sewajarnya PKR perlu mengambil pendekatan yang tegas seperti PAN yang tidak mengiktiraf DSAS sebagai posterboy dan juga Tony Pua dari DAP yang tidak apologetik menyatakan BN-UMNO sebagai parti korup,” tambahnya.

Ulasan