DUNGUN - PAS Dungun yakin dan optimis bakal menyapu bersih empat Dewan Undangan Negeri(DUN) di Parlimen itu dalam Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan keyakinan itu berdasarkan kepada Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) dengan kekuatan tenaga dan organisasi parti dan juga program - program yang dianjurkan.
"Sambutan Hari Raya di setiap DUN, Sambutan 70 Tahun PAS, ditambah lagi dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) baru - baru, PAS mendapat majoriti agak besar," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di selepas merasmikan Bangunan Baharu Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Al Kauthar di Alor Tempoyak di sini pada Sabtu 17 Jun lepas.
Menurutnya pihaknya juga menjangkakan PRN nanti, DUN - DUN juga akan memperolehi majoriti yang besar juga.
"Insya Allah untuk DUN Paka kita menjangkakan majoriti, kalau boleh
dalam 10,000,DUN Rantau Abang 10,000, Sura 11,000 dan Bukit Besi 3,000, itu anggaran yang dicapai,
" kalau boleh dicapai, Alhamdulillah, kalau lebih itu bonus dan kalau kurang, itu tetap majoriti kemenangan, insya-Allah," jelasnya lagi.
Ulasan