PH BN Masih "Di Bawah Sedar"


Oleh ; Puteri Noraqilah

DUNGUN - Pemikiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masih berada “di bawah sedar” dan mereka seharusnya bersifat profesional dalam mengurus politik negara.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Rantau Abang, Wan Mazli Wan Dagang berkata, beliau menyifatkan demikian susulan daripada tindakan pemimpin parti gabungan berkenaan berkempen dalam sekolah.

“Tindakan mereka tidak menguntungkan, malah membuatkan rakyat lebih jelik dan mual," jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, pada semalam.

Tambah beliau , mereka sepatutnya faham dan sedar bahawa demokrasi dan keterbukaan politik tidak wujud walaupun mereka menjadi kerajaan.

“Zaman langit terbuka begini makin jelas memperlihat 'wajah sebenar' mereka dalam menghadapi situasi politik kini,” ujar Wan Mazli.

Ulasan