Sambutan Luar Biasa Perantau

 


MARANG - Majlis Rumah Terbuka Perantau DUN Pengkalan Berangan telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada  para perantau DUN itu  yang diadakan di Kampung Bukit Naga di sini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, YB Ustaz Sulaiman Sulong berkata bukan hanya perantau dari DUN tersebut sahaja yang hadir sebaliknya  penduduk setempat juga turut memeriahkannya. 

"Alhamdulillah kita dapat mengadakan majlis ini dengan jayanya, semoga kehadiran perantau di majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah serta mengukuhkan semangat penyatuan ummah untuk masa depan yang lebih baik." katanya. 


Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini menjelaskan program yang diadakan pada 23 Mei lepas yang dijadualkan bermula jam 10.30 pagi itu mula menerima kehadiran tetamu seawal jam 9. 00 pagi. 

Menurutnya lagi, selain juadah hari raya yang biasa dihidangkan,tetamu turut dijamu dengan sate serta beberapa menu makanan yang didatangkan khas dari Terengganu. 

" Antara menu yang menjadi tarikan orang ramai ialah nasi dagang,sate,lemang dan beraneka jenis minuman termasuk koktail, .

"Kita juga menyediakan duit raya buat  kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah yang sama-sama hadir di majlis rumah terbuka itu," katanya.

Ulasan