KUALA NERUS - UMNO Terengganu seolahnya hilang idea bagi mendepani Pilihan Raya Negeri pada kali ini kerana manifestonya sebagimana diumumkan Pengerusinya, Ahmad Said seratus peratus meniru tawaran PAS.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata dimana PAS terlebih dahulu menyatakan ingin menyediakan kemudahan pinjaman motorsikal tanpa riba untuk kerjaya anak muda maksimum RM4,000.
Tegasnya, dengan apa yang ditiru oleh UMNO Terengganu itu seolahnya memperakui bahawa PAS adalah pilihan terbaik dan apa yang ditawarkan sangat bertepatan dengan keperluan anak muda.
"Ini merupkan tawaran yang kita letakkan apabila kembali memerintah semula.
"Kesemua 10 tawaran utama kita, telah dibincangkan secara lumay dalam Lajnah Teguh Pertahan berdasarkan keyakinan kita terhadap apa keperluan rakyat, " ujarnyanya.
Beliau bekata demikian ketika berucap pada Program Taklimat Isu, di KOMTAQ, di sini, pada 9 Jun.
Mengulas lanjut katanya, tawaran pinjaman motor tanpa riba itu adalah disasarkan kepada golongan belia yang baru hendak memulakan pekerjaan dan tidak berkemampuan untuk membelinya.
"Dimana kita sasarkan untuk diberikan kepada 1600 orang dengan peruntukan RM6.4 juta.
"Menerusi tawaran ini kita telah mendapat maklum balas yang sangat baik dalam kalangan anak muda kerana memang hendak membeli motorsikal ini memang keperluan yang kadang-kadang memeningkan kepala kepada ibu bapa golongan B40 apabila hendak membelikan motor kepada anak mereka yang baru memulakan pekerjaan," ujarnya.
Menurutnya lagi satu manifesto yang telah dimumkan sebelum ini juga sangat relevan untuk rakyat.
"Iaitu menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 setiap kematian bukan hanya kepada golongan B40 tetapi kepada semua yang akan memberikan manfaat kepada 7,000 keluarga," ujarnya lagi.
Ulasan