MARANG - Anak muda di negeri ini diseru bagi mempertahankan kemenangan PAS di negeri ini bagi memastikan anak muda negeri ini tidak rosak akhlaknya kerana diperintah oleh gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PHBN).
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, PAS selama ini terbukti mampu menjaga Kebajikan golongan terbabit, mendidik serta memandu ke arah kehidupan yang baik berpandukan ajaran Islam.
"Kita mesti mempertahankan (kemenangan PAS) kerana tidak mahu negeri ini dikuasai dasar pentadbiran yang lemah terutamanya Dari segi membina modal Insan.
"Kita tidak mahu pemuda-pemuda di luar sana dibuka ruang untuk melakukan apa sahaja yang disukai dengan sewenang-wenangnya menjaga batas agama," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, semalam.
Tegasnya, selama ini seluruh rakyat bukan sahaja dalam negeri ini bahkan seluruh negara telah melihat bertapa parti ini selama ini telah menunjukka keikhlasannya untuk menjaga tanahair Dan hak Melayu Islam.
"(Juga) menjaga setiap individu muslim supaya terus beramal dengan Islam.
"Justeru tidak ada alasan kepada kita (pemuda) untuk duduk di rumah berehat-rehat apabila semboyan Pilihan Raya dibunyikan," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, BN yang telah berjaya melakukan petisyen menafikan kemenangan PAS di Kuala Terengganu tunggu padahnya.
"Alhamdulillah Tuan Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) mengekalkan kemenangan di Marang tapi hari ini (semalam) kita juga mendapat berita sedih apabila kemenangan besar di Kuala Terengganu dibatalkan dengan alasan yang kecil.
"Melalui sentimen yang dimainkan, dengan apa yang berlaku ini sehingga meninggalkan kesan yang berbekas di hati.
"Mereka ingat dengan menekan anak muda boleh bersuka ria, makin ditekan makin kita bersemangat tunggu padahnya pada PRN nanti (dengan kemenangan besar)," tegasnya lagi.
Ulasan