Umno 'Bankrap' Idea


KUALA TERENGGANU - PAS menyifatkan Umno Terengganu 'bankrap' idea apabila meniru tawaran parti itu dalam perkara urusan pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, YBvUstaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Umno tandus pemikiran dan tidak tahu apa keutamaan dan keperluan rakyat. 

Katanya Pengerusi Umno Terengganu Dato' Ahmad Said 'tidak tahu malu' sehingga terpaksa meniru dan menjadikannya manifesto untuk menarik perhatian pengundi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Umno ketandusan idea, tidak tahu apa keutamaan dan keperluan rakyat.

"Umno tidak menghayati denyut nadi kesusahan rakyat, sebab itu tidak tahu," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau memgulas laporan media bahawa Manifesto Barisan Nasional (BN) tawar pinjaman tanpa faedah beli motosikal jika menang PRN akan datang.

Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata PAS sangat mengetahui keperluan rakyat kerana parti itu bersama dengan rakyat daripada pembangkang sehingga menjadi kerajaan.

"PAS terus bersama denyut nadi rakyat dan sama sekali tidak meninggalkan mereka," ujarnya.

Ulasan