Umno Tewas

YA Dato' Hassan Bin Abdul Ghani

Umno Terengganu tewas dalam usahanya untuk menyingkirkan  Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari kerusi Parlimen Marang. 

Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai hakim mahkamah pilihan raya Terengganu menolak kes itu hari ini.

Beliau memutuskan bahawa calon Umno-BN, Jasmira Othman gagal menimbulkan keraguan munasabah dan menolak kes itu.  

Hassan juga mengarahkan Jasmira membayar kos RM50,000 kepada Ustaz Hadi.

Pada 3 Jan lepas, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman pada pilihan raya umum lalu, mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Ketua Umno Terengganu Ahmad Said berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri melalui inisiatif i-Pencen, i-Belia dan i-Student dari 15 hingga 17 Nov 2022,  hanya beberapa hari sebelum pengundian.


 Pada pilihan raya umum November, Hadi memenangi kerusi Marang dengan majoriti 41,729 undi.

Ulasan