Akhirnya Mad Said Akui Kejayaan PAS


 KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Dato' Seri Ahmad Said mengakui kejayaan kerajaan PAS Terengganu melunaskan manifesto PRU14.


"saya akui (manifesto) yang berjaya (adalah) bagi tanah, sebab bagi tanah tak keluar modal," ujar beliau, dalam program Wacana Sinar yang disiarkan secara langsung, melalui platform media sosial senalam.

Dalam program yang sama, memetik sumber Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu (JPENT), Ahmad Said turut akur usaha parti itu melaksanakan beberapa perkara lain.

Antara yang dipersoalkan beliau ialah janji PAS, menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dan mendirikan 20,,000 unit rumah untuk rakyat.



Berdasarkan perkara yang ditimbulkan sebenarnya, beliau tidak menyedari tentang fakta rasmi yang telah diterbitkan kerajaan negeri dalam buku 'Kejayaan Terengganu 2018 - 2022' dilancarkan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada minggu lalu.

Dalam buku tersebut menyatakan, pada halaman 198 dibawah Segmen Tanah & Perumahan dinyatakan bahawa, sebanyak 20,000 Unit Rumah Untuk Rakyat telah selesai dan sedang dalam pelaksanaan.

“(sebanyak) 2, 645 unit – 13.26 % RMM telah diagihkan, 13, 180 unit – 65.90% RMM sedang dalam pembinaan, 4, 884 – 24.44% RMM dalam perancangan,” jelas buku itu.

Sementara itu, Pengarah JPENT Ustaz Mohd Soud Said berkata, kerajaan negeri Terengganu menyediakan sebanyak 21,977 peluang pekerjaan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.



 "Angka ini (21,977 peluang pekerjaan) adalah data Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) yang dikongsikan daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10,122 penempatan pekerjaan telah dibuat di Terengganu pada tahun 2019, diikuti 3,487 pekerjaan pada tahun 2020 dan 8,368 pekerjaan sehingga Oktober lepas," katanya ketika dihubungi.

Mengulas isu yang timbulkan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim yang juga Mantan ADUN Jabi, mengajak Ahmad Said untuk melihat sendiri projek RMM Tempinis Sejahtera yang telah dibina dan disiapkan kerajaan negeri.

“ni mari sini Abe Mad kito, mari ke Jabi ni, rumah 100 butir siap doh di Tempinis ni, rumah di Benting Lintang pun hampir siap dah, marilah jale  alik Jabi ni,” ujar Exco Pertanian Terengganu itu.


Ulasan