Ambil Tindakan Tegas Dan Adil Terhadap DAP


PAS komited memberi keutamaan kepada isu rakyat serta tawaran Perikatan Nasional (PN) sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) akan datang seperti yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional serta Timbalan Presiden PAS.

2. PAS tidak akan mengikut jejak langkah DAP yang begitu terdesak sehingga sanggup menjadi batu api dengan menyentuh isu sensitif melibatkan 3R dalam kenyataan-kenyataan mereka.

i) Kenyataan Nga Kor Ming terhadap tindakan MPKB dalam isu pemakaian seluar pendek yang sengaja dijadikan isu bagi menyebarkan islamofobia.

ii) Kenyataan Tony Pua yang menggelar bukan sahaja Barisan Nasional tetapi parti nasionalis atau parti yang dipimpin orang Melayu sebagai korup.

iii) Kenyataan Lim Guan Eng kononnya undi PN di Pulau Pinang akan memadamkan Pulau Pinang yang jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3. Justeru, PAS menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital untuk bersikap adil dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk DAP yang telah menggunakan isu 3R ini secara terang-terangan sebagai modal politik.

4. Rakyat harus difahamkan bahawa politik ini bertujuan untuk membangkitkan isu rakyat serta mencari penyelesaian bukannya mewujudkan persengketaan serta kebencian seperti yang dilakukan DAP.


Sekian

“Malaysia Sejahtera”


YB Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin

Ketua Penerangan PAS

Ahli Parlimen Jerantut

Bertarikh: 13 Zulhijjah 1444H / 2 Julai 2023

Ulasan