Bangsa Melayu Hebat Ditunjangi Islam

 


Oleh : Fatimah Din 

MARANG - Bangsa Melayu apabila ditunjangi dengan Islam  akan menjadi kaum yang hebat dan  tidak boleh dipandang lekeh. 

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik berkata oleh itu orang Melayu mesti mempertahankan Islam. 

"Dalam pilihan  raya kita bukan sahaja hendak  kerusi(menang) tetapi  untuk menjaga maruah Melayu yang berpegang dengan agama Islam itu sendiri." katanya. 

Ustaz Mokhtar berkata demikian ketika berucap di Pelancaran Markas Induk DUN Bukit Payong di Pasar Kedai Buloh di sini pada 15 Julai. 


Turut berucap ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD)Bukit Payong, Dato' Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Mengulas lanjut katanya, PAS  sanggup menolak kerjasama dengan pihak yang tidak mahu menerima Islam. 

"Dasar PAS berada di trek yang betul dan kenapa PAS ini pertahankan Islam kerana Islamlah kekuatan kepada Melayu." tegasnya lagi. . 

Gimik pelancaran dengan menaikkan wau bulan gergasi diiringi  dentuman bunga api   sebagai simbolik PAS  akan terus menerajui Terengganu selepas Pilihan Raya Negeri ke 15 (PRN15) nanti.

Ulasan