"Bantu Saya Untuk DUN Rantau Abang Terus Cemerlang"


DUNGUN - Itulah permintaan  calon N26 Rantau Abang, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli supaya semua pihak membantunya untuk meneruskan kecemerlangan perkhidmatan  wakil rakyat terdahulu, Cikgu Alias Harun. 

Beliau yang juga Ketua Pemuda Dungun berkata beliau menganggap amanah dan kepercayaan daripada kepimpinan adalah    amat berat untuk dipikul yang akan di jawabnya di hadapan Allah nanti. 

"Benda tidak minta dan ianya akan dijawab di hadapan Allah, jadi minta   tolong doakan supaya saya diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah,


"Kita doakan Allah Taala kurniakan kemenangan Islam kepada kita supaya kita dapat hidup dalam. keadaan harmoni dan mendapat rahmat serta barokah dari Allah Taala," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Taman Rakyat Jaya di sini, semalam. 

Beliau telah menyerah borang pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) N26 Rantau Abang menentang calon dari Umno - Barisan Nasional - Pakatan Harapan, Mohd Asri Mohamad. 

Sejurus selesai penamaan calon, Ustaz Fadhli mengajak penyokong - penyokong yang mengiringi nya ke Pusat Penanaman Calon di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini, untuk bekerja bersungguh untuk memenangkan PAS di DUN Rantau Abang. 

"Kita buat kerja ini bukan untuk dunia semata-mata tetapi untuk bekalan kita, melayakkan kita masuk syurga Allah Taala," katanya.


Ulasan