Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Sertai PAS

 


KUALA TERENGGANU - PAS menjadi Pilihan untuk disertai bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan, Aziz Yusof kerana parti itu konsisten dan berprinsip dalam memperjuangkan syariat Islam.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah ICT Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)  berkata, PAS menepati ciri-ciri jemaah Islam sebagaimana yang diperincikan di dalam al-Qur'an.

"Jadi kita melihatlah perbandingan dengan beberapa parti Melayu kita Kaji asas penubuhan dia dengan melihat apakah asas penubuhannya? 

"Kebanyakkannya berasaskan materialistik,  tidak puas hati dengan parti asal, ataupun pendekatan, 

"PAS ini asas penubuhannya jelas beradasarkan akidah Islam yang diwarisi daripada nabi-nabi terdahulu dan pemimpinnya buat apa yang mereka cakap," ujar beliau ketika ditemui di sini, semalam.

Sebaliknya parti lain menurut beliau, hanya mendakwa mereka juga memperjuangkan Islam tetapi tidak tetap pendirian dan bercanggah prinsip agama. 

Oleh itu katanya, PAS menarik minatnya kerana parti itu merupakan gerakan Islam yang paling lama bergerak di tanah air dengan dasar dan matlamat yang jelas.

"Tetapi pada waktu itu saya terikat dengan peraturan Kerajaan jadi hanya sekadar melihat dari belakang sahaja, sehinggalah saya pencen dan memutuskan untuk menjadi ahli PAS secara rasmi.

"Ini kerana saya miliki prinsip yang jelas kerana Allah ciptakan kita serta telah mencipta peraturan untuk kita kerana itu perlu pilih jemaah atau parti Islam yang diatur dengan sifat, prinsip Dan ciri-cirinya tepat sebagaimana diperincikan dalam al-Quran," katanya. 

Justeru, beliau melihat, negeri Terengganu yang dipimpin PAS hari ini adalah kerajaan yang cemerlang, berdasarkan fakta, walaupun berdepan pelbagai kekangan serta cabaran.

"Saya kagum dengan kekangan kewangan yang sangat tinggi itu mereka boleh bersifat kreatif untuk mentadbir dengan baik, telus sehingga berjaya melaksanakan 20 manifesto yang dijanjikan.

"Saya juga dapati kejayaan ini juga kerana PAS memiliki kesatuan pemikiran dan kepimpinan sangat baik untuk menerajui pengurusan dan dapat membangunkan negeri," ujarnya.

Tegas beliau, PAS wajar menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri kali ini, untuk terus menerajui Kerajaan Terengganu.

"Jadi saya seru kepada semua, tiada pilihan lain yang paling terbukti selain PAS dalam keadaan parti Melayu Islam berpecah, 

"PAS Masih istiqamah dengan prinsip mengotakan segala janji, professional melaksanakan syariat agama," jelasnya dan menambah, setiap undi seseorang Muslim itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Ulasan