'E-Sport' HTP Tarik Kehadiran Luar Biasa


KUALA TERENGGANU - Sukan Elektronik (e-Sport), acara pembuka tirai program Jelajah PNBEST dan Himpunan Teguh Pertahan (HTP) mendapat sambutan luar biasa apabila penganjurannya berjaya mengamit kehadiran luar jangka. 

Ratusan peserta bersaing dalam pertandingan itu, sekali gus membentuk kesinambungan gelombang mega anak muda, menyambut program yang dianjurkan PAS dan Perikatan Nasional.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, kehadiran lebih 500 orang  menyertai dua acara dipertandingkan berjaya melakar sejarahnya yang tersendiri.


"dua  'game Mobile Legends Bang Bang Challenge’ dan ‘PUBG Mobile’ dengan membentuk 64 pasukan, kehadiran adik-adik remaja kita yang datang dari seluruh pelusuk negeri, dari Kemaman hingga ke Besut kalau hendak diikutkan tidak cukup meja.

"Ini menunjukkan bahawa mereka tidak fobia pun dengan PAS malah mereka menerima dengan baik program yang kita anjurkan ini sedangkan mereka tahu bahawa ini merupakan program anjuran parti," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini, di tapak program berkenaan, di Jambatan Angkat, di sini, hari ini.


Menurut beliau, orang muda sekarang sudah tahu dan faham serta mereka menyokong PAS secara sukarela dan tetap datang mendengar 'tazkirah' setiap kali sebelum acara dimulakan. 

Oleh itu, kata beliau, ia menunjukkan mereka juga tidak termakan dengan dakwaan segelintir pihak bahawa, bahawa PAS mengekang aktiviti anak muda, jumud, tidak terbuka dan sebagainya. 

Tambah beliau,  penganjuran acara e-Sport itu menjelaskan kepada rakyat terutamanya golongan muda, PAS tidak menghalang apa jua minat anak muda asalkan tidak bertentangan syarak. 


"dalam setiap aktiviti yang mendatangkan kegembiraan sama ada sukan mahu pun hiburan perlu ada garis panduan dan ada perkara yang perlu dipatuhi, 

"kita meraikan semuanya yang kita anggap sebagai satu proses bertujuan untuk membina dan mendidik mereka.

" namun apabila sampai waktu solat, perlu tunaikan kewajipan dahulu dan pakaian pula mesti mematuhi patuh syariat dan menutup aurat," kata beliau lagi. 

Menjadi tanggungjawab PAS sebagai sebuah parti Islam, kata beliau, diselitkan program pengisian rohani bagi membentuk anak muda memiliki jiwa mantap dengan akidah Islam, tertanam subur di dalam diri mereka. 

Ulasan