Fitnah tanah Kuala Berang, kempen kotor Umno buat kesekian kalinya


Kalau diikutkan hati, mahu sahaja memaki golongan pemfitnah ini. Tetapi memandangkan Allah telah menyuruh bersabar dalam perjuangan menentang kebatilan, maka lebih baik dipendamkan sahaja amarah itu dan kita keluarkan bukti-bukti. Cara ini lebih baik. Dan sememangnya cara Islam itu paling ampuh dalam melawan kejahatan musuh.

Beberapa hari lalu, timbul fitnah berkenaan tanah di Kuala Berang yang difitnahkan sebagai tanah yang ‘diberikan’ kepada isteri Adun Kuala Berang yang juga Exco Infrastruktur, YB Dr. Mamad Puteh. Kata pemfitnah itu itulah keistimewaan menjadi isteri kepada Adun PAS. Manakala rakyat dibiarkan merempat, tidak diberikan tanah.

Sekonyong-konyongnya, Lokman Adam, Pahlawan Fitnah yang mewakili Umno yang dikutuk dalam Wacana di Sinar tempohari, telah memberikan komennya hasil daripada maklumat yang dilaporkan oleh Terengganu Coverage, sebuah portal pro-Umno yang sering dikaitkan dengan fitnah.

Ibarat burung tiong, Lokman Adam, dengan tiada rasa malu, sekali lagi memberikan maklumat salah kerana dia tidak tahu apa-apapun, hanya ditugaskan untuk menyalak bagi pihak Umno Terengganu. Beberapa minggu lalu, dia telah membuat fitnah, juga hasil daripada laporan Terengganu Coverage berkenaan tanah di Kuala Ibai yang didakwa telah diberikan kepada Kokhidmat. Tetapi gagal menunjukkan geran, lokasi dan nilai harga tanah sebenar. Begitulah nasib si badut, tugasnya hanya membuat lawak bodoh yang hambar.

Penafian fitnah kepada isteri YB Dr Mamad, telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Permint). Maklum beliau, tanah itu telah dibeli Permint pada tahun 2005 dengan harga RM930 ribu, selepas selesai semua proses. Ia dipecahkan menjadi 31 lot yang kemudiannya didirikan perumahan di 27 lot tanah tersebut. Satu lot direzabkan untuk pencawang letrik. Manakala tiga lot lagi dicadang untuk dibuat tapak lot kedai atau dibuat sewa tapaknya.

Setelah lama menawarkan kepada awam, tapak itu tidak ada siapa yang mahu menyewa nya dan kadar sewaan tidak menguntungkan. Permint mengambil keputusan untuk menjual nya, untuk mengelakkan kerugian. Permint telah menawarkan lot tanah itu kepada orang awam. Tawaran itu disambut oleh isteri kepada YB Dr Mamad yang mana beliau adalah seorang pesara guru yang mempunyai kemampuan untuk membeli tanah itu dengan harga RM160 ribu, bagi dua lot itu. Geran bertukar tangan setelah urusniaga selesai. Jual beli adalah sah dari segi undang-undang dan bukan Permint memberikannya secara percuma sebagaimana yang difitnah.

Untuk pengetahuan orang Umno, Dr Mamad mungkin sudah boleh dikategorikan sebagai jutawan, lama sebelum beliau menjadi Adun tahun 1999 dahulu. Beliau mempunyai klinik sendiri di Pekan Kuala Berang dan sudah dikenali ramai kerana sentiasa membantu orang susah. Beliau juga ada mengusahakan sarang burung walit. Jadi dengan harga sebanyak itu, ditambah isteri beliau juga pernah bekerja, ia bukanlah satu jumlah yang besar. Masalah orang Umno ini ialah, mereka ingat hanya Umno sahaja yang boleh menjadi kaya. Orang lain tidak boleh. Sama juga dengan kes rumah abang kepada Dato' Seri Sanusi, MB Kedah. 

Untungnya pimpinan Umno kerana selama mereka memiliki ahli yang tidak boleh menggunakan otak ini, selagi itu akan ada golongan yang mempertahankan pimpian mereka, walaupun sekarang Umno sudah menjadi khadam PH yang dikuasi DAP. Oleh itu, PAS amat bersyukur dengan fitnah ini kerana dapat lagi PAS memberikan bukti amanahnya PAS dalam berpolitik. Baru beberapa hari lepas Umno telah mensuci murnikan DAP.  Tetapi janganlah kerana mahu menyucikan DAP maka pelbagai kesalahan difitnah kepada PAS.



Mohd Nasir Abdullah

14 Julai 2023

Ulasan