Himpunan Rakyat Terbesar Gelombang Rakyat Sokong PN


MARANG- PAS dan Perikatan Nasional Terengganu akan mengadakan satu himpunan besar bagi membentuk gelombang sokongan rakyat menyokong Perikatan Nasional.

Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Dr Alias Razak berkata, program yang dimaksudkan itu ialah Jelajah Mega PNBEST dan Himpunan Teguh Pertahan.

"Diadakan pada 7 dan 8 Julai 2023, insya-Allah semua dijemput hadir.

"Yang menarik ia diadakan di tempat yang sangat disukai ramai Dan menjadi tumpuan anak muda iaitu Dataran Jambatan Angkat dengan pengisian yang penuh menarik," ujarnya.

Beliau yang juga merupakan pengarah program tersebut berkata demikian ketika Sidang Media Jelajah Mega PNBEST dan Himpunan Teguh Pertahan, di Pejabat Presiden PAS, Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Harun Esa.

Dr Alias berkata, antara program menarik diadakan selama dua hari itu ialah Acara E-Sport sangat digemari oleh anak muda akan bermula pagi Jumaat.

"Selepas Jumaat akan ada Sukaneka anak Muda , sebelah malam  pula selepas Kuliah maghrib akan ada Kesenian Islam dan ucapan Pimpinan.

"Pada Sabtu akan ada program Langkah Teguh Pertahan dan Gateh Teguh Pertahan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pentas Mujahidah.

"Kita juga ada jamuan Rakyat selepas itu akan ada santai bersama selebriti, " ujarnya.

Tambahnya lagi, antara program yang akan menjadi tarikan anak muda Terengganu ialah Konvoi dan  Santai Anak Muda.

"Bersama dengan Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dam Kepimpinan utama PAS Negeri akan berkonvoi dari Masjid Tok Jembal ke tapak program," ujarnya.

Ujarnya, acara kemuncak yang ditunggu sudah tentu Ceramah Mega Teguh Pertahan.

"Pada program ini juga akan turut diumumkan dua lagi tawaran manifesto bagi melengkapkan 10 manifesto.

"Serta akan diperdengarkan lagu baharu iaitu lagu ' Teguh Pertahan'.

"Insya-Allah diharapkan semua dapat hadir untuk kita meriahkan program dengan acara menarik dengan dijangka 100,000 orang akan hadir sepanjang program.

"Sekali gus membentuk satu gelombang untuk kita sapu bersih 32-0 memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri," ujarnya lagi.

Ulasan