Jangan Rasa Selesa Selagi Tidak Menang


Oleh: Shafira

SETIU - Jentera PAS diingatkan agar tidak berasa selesa untuk kemenangan PAS di DUN itu khasnya dan Negeri Terengganu selagi tidak mencapai kemenangan. 

Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim  mahu mereka jangan berasa sedap hati dan  yakin   pasti akan menang sehingga  masih leka. 

"Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai jentera dalam rangka matlamat untuk mempertahankan N.05 JABI dan juga mempertahankan Terengganu maka perlulah segera turun kelapangan. 

"Tidak ada dalam perjuangan istilah tidur lena dan dalam masa yang sama, disamping kita mengerahkan segenap kekuatan kita, bekerja dengan sedaya yang kita ada, " ujarnya. 

Beliau ditemui selepas hadir ke Pusat Penamaan Calon di Pusat Latihan Pengembangan Pertanian Tok Dor Besut di sini pada 29 Julai lalu. 

Bagi N.05 Jabi menyaksikan pertandingan dua penjuru antara,  beliau yang berada pada kedudukan nombor dua akan ditentang oleh calon Barisan Nasional, Rosdi Zakaria. 

Dr. Azman yang juga merupakan AJK PAS Pusat turut mengajak petugas - petugas parti menginsafi diri  bahawa sebagai seorang manusia atas batas kemampuan  maka perbanyakkanlah pergantungan  kepada Allah SWT . 

"Lazimi solat berjemaah, bermunajat kepada Allah SWT, membaca Al Quran, banyakkan bersedekah dan terus berbuat baik kepada semua orang.  

"Insya Allah , kita yakin dalam tempoh kempen bermula detik ini sehinggalah tengah malam pukul 11.59 dapat berlangsung dengan tenang dan jangan sesekali kita layan provakasi, rentak gendang yang dipalukan oleh pihak lawan kita. 

"Biarlah kita dengan irama dan nada kita sendiri iaitu patuh kepada arahan pimpinan dan bergerak sebagai satu kumpulan atau bekerja dalam jemaah," katanya lagi.

Ulasan