Jentera ARC Siap Siaga Hadapi PRN Penuh Semangat

 


KUALA TERENGGANU - Kelab Permotoran Alternatif (ARC) kini bersemangat serta dalam keadaan bersiap siaga menerima apa jua arahan parti untuk turut membantu menyumbang tenaga dalam membantu kemenangan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kali ini.

Pengarah ARC Terengganu, Ahmad Sahrizan Yahya berkata, kesemua ahli Kelab permotoran terbabit bersemangat serta bertekad mahu membantu apa jua aktiviti kempen pada kali ini. 

Menurutnya, termasuk memujuk mereka yang meminati Dunia permotoran namun belum bersama PAS agar membentuk gelombang yang lebih kuat sebagai isyarat jelas parti ini adalah pilihan anak muda Terengganu.

"Antara aktiviti yang akan kita lakukan nanti selain melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang disusun nanti untuk mendekati seluruh masyarakat.

"Kita turut bersedia mengiringi calon-calon yang bertanding nanti sama ada di hari penamaan calon atau apa sahaja aktiviti konvoi yang akan ditentukan nanti," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Jentera & Jamuan ARC di Taman Awam Lagun Kuala Ibai, pada Jumaat.


Katanya lagi, segala agenda dan aktiviti yang disusun dalam menyemarakkan semangat menghadapi PRN pada Kali ini tidak lari daripada tujuan asal Kelab itu ditubuhkan.

"Iaitu berdakwah kepada semua yang mencintai Sukan permotoran itu tidak akan lari di samping melakukan aktiviti riadah dan berukwah," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Mohd Harun Esa berkata Kelab ARC merupakan satu nama besar yang menjadi kebanggan kepada PAS. 

Katanya ARC telah dikenali setiap anggota masyarakat kerana sering muncul dalam aktiviti kebajikan di samping memiliki sahsiah diri yang baik.

"Kita sangat menghargai kesediaan mereka untuk berkhidmat dan menyumbangkan tenaga bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu dibawah pemerintahan PAS dapat dikekalkan," ujarnya lagi.

Ulasan