KUALA NERUS - Kemenangan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya di enam buah negeri amat penting untuk memberikan isyarat kepada Perdana Menteri Ke 10 (PMX) supaya berundur daripada terus memimpin negara.
Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Dr Alias Razak berkata, oleh itu seluruh rakyat perlu mengundi Perikatan Nasional (PN) sebagai 'referendum' ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran PMX yang kini dilihat tiada hala tuju.
"Dengan undi yang akan diberikan nanti dengan dapat menambahkan majoriti dan kita dapat menambah kerusi di Terengganu itu insyaAllah itu (menjadi) suatu petanda atau signal bahawa rakyat menolak kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Kita (juga) menang di negeri-negeri yang dikuasai Perikatan Harapan (PH) dengan mengambil alih Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, kita pertahankan negeri Kedah, Terengganu Dan juga Kelantan ini akan berikan tekanan kepada PMX sama ada untuk berundur diri atau kita mengundurkan dia daripada tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri Ke-10," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Teguh Pertahan, di Dataran Jambatan Angkat, di sini, semalam.
Mengulas lanjut katanya, negara kini berada dalam keadaan parah dan dilihat tiada usaha Kerajaan PH hari ini menunjukkan bahawa PMX telah gagal.
"Saya sebagai Ahli Parlimen (Kuala Nerus) yang telah tiga Kali bersidang sehingga persidangan (Dewan Rakyat) terkakhir tidak nampak tanda-tanda kemana hendak dibawa (Kerajaan) kita ini, apa sebenarnya hala tuju Kerajaan Madani.
"Dalam keadaan ekonomi terus merudum, nilai ringgit terus menyusut, saham jatuh, pelabur-pelabur bawa lari modal keluar, barang terus naik, minyak tidak turun-turun.
"Tidak ada satupun tindakan untuk mengatasi apa yang sedang berlaku.
"Ramai kawan-kawan saya yang terpelajar Dan pegawai Kerajaan yang bersungguh lagu mana kita ini, ada Kerajaan dan Menteri kewangan atau tidak? ekonomi teruk tetapi tidak ada strategi ataupun pelan daripada Kerajaan bagi menangabj keadaan yang sangat mendesak pada ketika ini," ujarnya.
Ulasan