Kerajaan Putrajaya Sekarang Penipu

 


DUNGUN - Rakyat Malaysia diingatkan tidak terpedaya dengan tipu daya kerajaan yang menguasai Putrajaya sekarang, yang disifatkan sebagai 'kerajaan penipu'.

Mengulas lanjut, Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Khairil Nizam Khirudin berkata negara dipimpin berorientasikan 'lima P' iaitu penipu,  pembohong, penakut, pelawak, perompak dan fitnah

"Allah Taala tunjuk satu persatu kelemahan mereka mentadbir dengan ketakutan  sehingga melibatkan polis untuk mengugut rakyat,

"Fitnah demi fitnah mereka taburkan untuk mengelirukan rakyat supaya tidak menyokong Perikatan Nasional(PN)," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas Pilihan Raya PAS DUN Rantau Abang di Pulau Serai dekat sini semalam.

Turut sama berucap ialah Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Ketua Penerangan, Pemuda PAS Dungun, Ustaz Ahmad Mukrim Adnan dan Pengarah Pilihan Raya DUN itu, Ustaz Wan Mazli Wan Dagang.

Sebelum itu, Cikgu Alias Harun berkata, 10  tawaran PAS kepada rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke 15 DUN Negeri Terengganu bukan ‘cakap kosong’.

 Menurut beliau, ia bukan sekadar kata-kata tetapi telah dikaji oleh pakar-pakar untuk memastikan janji tersebut dapat dilaksana sekiranya PAS terus diberi sokongan dan mandate oleh rakyat.

"Buktinya 20 Manifesto PRU14 berjaya dilaksanakan dan akan diteruskan kalau PAS kekal memerintah Terengganu disamping 10 Tawaran PAS PRU15," jelasnya.

Ulasan