KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah melantik 2000 pemantau bagi memastikan tidak terdapat sebarang aktiviti membeli undi dilakukan pihak lawan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketuanya Mohd Harun Esa berkata, Pemuda mengambil sikap tegas bagi memastikan segala aktiviti yang mencurigakan parti lawan termasuk pemberian wang.
"Kerana kita mendapat maklumat bahawa aktiviti ini telah berlaku sekian lama cuma tidak diungkitkan sebagai isu dalam petisten Pilihan Raya kerana dianggap biasa sebelum ini.
"2000 yang dilantik akan melakukan segala gerak kerja bagi membantu apa jua aktiviti yang mencurigakan di peringkat UMNO mahupun PH.
"Jika berlaku aktiviti jual beli sebagai sogokan untuk mengundi calon tertentu dan sebagainya pada Kali ini kami tidak akan berdiam diri jentera yang diarahkan ini akan mengumpulkan bukti yang jelas supaya laporan dapat dibuat kepada pihak berkuasa," ujarnya.
Beliau berkata ketika ditemui pemberita di Pelancaran Jentera & Jamuan 'Alternative Riding Club' (ARC) di Taman Awan Lagun Kuala Ibai, semalam.
Tegas Harun, adalah penting bagi memastikan PRN pada kali ini tidak berlaku berat sebelah sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga membatalkan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu.
"Jangan hanya menuding jari kepada PAS dalam keadaan menuduh dan menfitnah kononnya melakukan politik Wang, sedangkan mereka (PHBN) masuk ke sekolah dan institusi Pendidikan serta mana-mana tempat menabur kewangan yang mendatangkan curiga," katanya.
Katanya selama ini, di pihak PAS menyifatkan memberikan duit minyak itu adalah tidak menjadi kesalahan kerana telah lama diamalkan oleh UMNO sebelum ini sehingga tidak pernah beranggapan pemberian itu adalah membeli undi.
"Sedangkan ia adalah untuk Kemudahan bersama, contoh pengundi luar negara atau negeri balik bagi meraikan mereka setelah Pilihan Raya diberikan tidak ada niat untuk beli undi mereka.
"Tetapi pada Kali ini saya mint maaf kepada semua pengundi luar sama ada kalangan mahasiswa, remaja dan sebagainya saya ingin memaklumkan kita tidak boleh memberi apa-apa sahaja kerana ia telah diputuskan mengambil iktibar apa yang berlaku membabitkan Parlimen Kuala Terengganu.
"Sangat menduka citakan kita, padahal tidak berlaku proses membeli undi melainkan untuk mudahkan mereka balik mengundi," katanya.
Ulasan