Lebih Agresif Mantap Kerja PRN


Oleh ; WR Siti Salmah Binti Abd Salam

BESUT – Seluruh anggota dan Ahli Jawatankuasa Muslimat perlulah lebih agresif memantapkan kerja kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. 

Ketua Muslimat DUN Kuala Besut, Puan Hajah Napisah Binti Ismail berkata, pada saat ini, semua jentera parti hendaklah berada pada tahap terakhir berada di medan perang.

"Setakat ini persiapan kita macam biasalah, cuma kita teruskan program-program yang lepas, program munajat di peringkat Unit Daerah Mengundi (UDM), ziarah dan seraga hijau. 

"Jika kita turun ziarah, ada kita berdepan dengan isu-isu semasa daripada muslimat, tiada isu yang berat, masih boleh diselesaikan," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas program bacaan yaasin yang diadakan di Pusat Komuniti Kuala Besut, pada semalam.


Katanya, beliau menyuntik semangat kepada jentera parti agar senantiasa turun ke medan lapangan dan memastikan gerak kerja dakwah ini diteruskan. 

"Tampal ayat 41 Surah At-Taubah ini dekat bilik atau rumah masing-masing.

"Kalau rasa malas atau penat untuk keluar berjuang, boleh tengok balik ayat ini," katanya.

Beliau turut menceritakan kisah sirah kewafatan Baginda Nabi S.A.W yang mana Saidina Umar Al-Khatab tidak boleh dengar tentang berita kewafatan Nabi S.A.W itu.

"Baginda akan terasa sedih kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Nabi S.A.W sehinggakan baginda berkata, sesiapa sebut Nabi S.A.W wafat, aku akan pancungnya.


"Wahai Umar, jika kamu sembah Allah swt akan kekal selama-lamanya.  Tetapi, jika kamu cinta atau kasih sesama manusia, tidak akan kekal," ujar beliau.

 Justeru itu, beliau menyeru kepada semua ahli dan jentera parti agar sama-sama sentiasa perbaharui niat semata-mata kerana Allah SWT

Katanya, program bacaan yaasin ini berlangsung di Pusat Komuniti Kuala Besut, yang telah dibangunkan sendiri oleh Muslimat PAS DUN Kuala Besut.

"Dengan adanya Pusat Komuniti ini akan membantu gerak kerja dakwah, apa-apa aktiviti atau program yang dianjurkan boleh dijankan di sini," tambah beliau lagi.

Ulasan