PAS Pilihan 100 Bekas Ahli Umno, Penduduk Kampung Gemuroh


KUALA NERUS - Seramai 100 orang ahli Umno dan penduduk Kampung  Gemuroh kini telah memilih untuk bersama PAS sebagai perjuangan mereka. 

Pengisytiharaan keluar Umno tersebut diketuai oleh mantan Ketua Cawangan Tuan Haji Amran Abdullah, program Ceramah Umum dan Perisytiharaan Masuk PAS, semalam. 

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata,  parti itu terbuka dan menyambut baik menerima kehadiran mereka. 

“Kami mengalu-alukan penyertaan Haji Amran dan semua penduduk untuk bersama-sama dengan keluarga PAS dan Perikatan Nasional yang isytihar secara rasmi malam ini,” ujarnya. 

Tambah beliau, mereka telah lama mengisi borang keahlian namun masih disimpan perkara tersebut agar ianya dapat diisytiharkan secara rasmi.

“Sebenarnya Haji Amran telah mengisi borang jauh beberapa bulan sebelum ini namun saya tidak dedahkannya dan beliau selalu bertanya bila perlu isytihar, ” jelasnya. 

Dalam majlis yang sama, Haji Amran Abdullah dalam ucapan beliau berkata, kepimpinan Malaysia pada hari ini di bawah Pakatan Harapan wajib ditentang demi menjaga maruah bangsa dan negara.

“Kepimpinan hari ini (PH) wajib ditentang, bukan harus, bukan sunat tetapi wajib ditentang pada pimpinan negara pada hari ini,” tegas beliau. 

Katanya, beliau keluar dari Umno kerana sifat bohong dan tidak menepati janji dalam pemimpin kerajaan gabungan PHBN. 

“saya ni, daripada Umno, sebab saya keluar, kerana sejahil-jahil saya, saya tahu bahawa sikap munafik kita tidak boleh ikut,” ujar beliau. 

Program tersebut telah dihadiri oleh penduduk dan sekitar DUN Tepoh mendapat sambutan yang baik apabila turut di hadiri oleh Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir,  YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah , Mantan Adun Wakaf Mempelam dan YB Dato’ Haji Rasol bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Ulasan