Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Umum Masuk PAS


MARANG - Akan ada beberapa pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan akan diumumkan masuk PAS pada Sabtu ini.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dato' Dr Alias Razak berkata perkara tersebut akan diumumkan dalam Ceramah Mega PN BEST dan Himpunan Teguh Pertahan yang akan diadakan nanti.

"Bekas-bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan ini akan mengisytiharkan masuk PAS dan akan menyerahkan borang kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Datanglah beramai-ramai untuk mengetahui siapa pimpinan yang dimaksudkan itu Dan akan menjadi lonjakan sokongan.

"Bukan sahaja daripada rakyat biasa tetapi sokongan pegawai-pegawai Kerajaan insya-Allah akan bersama-sama dengan kita (PAS)," ujarnya.

Beliau  berkata demikian pada sidang media Jelajah Mega PNBEST dan Himpunan Teguh Pertahan, di Pejabat Presiden PAS, Masjid Rusila Marang, di sini, hari ini.

Ketika ditanya siapa lagi tokoh yang akan menyertai PAS dan PN sama ada kalangan pimpinan politik atau sebagainya, ujarnya perkara itu perlu dinantikan.

"Sudah tentu ada kejutan yang dahsyat dan hebat," ujarnya yang juga merupakan pengarah program tersebut.

Selain itu katanya, ceramah mega yang diadakan pada malam terakhir program itu akan turut disampaikan oleh Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Serta Timbalan PN, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan turut menyampaikan ceramah.

"Dimana beliau pada ketika ini telah pun kembali sihat, dan sangat ceria bercakap politik ketika saya mengunjungi pada Isnin," ujarnya.

Dalam pada itu beliau optimis, program yang diadakan selama dua hari itu akan dihadiri oleh lebih 100,000 rakyat Terengganu.

"Ketika diadakan Pra Himpunan Teguh Pertahan telah mencecah hampir 100,000  sudah tentu akan bertambah lagi pada perhimpunan sebenar.

"Tambah pula diadakan sekali dengan Jelajah PN Best dengan suasana Pilihan Raya, semoga akan lebih hebat dan dahsyat lagi sambutan rakyat Negeri Terengganu," katanya.

Ulasan