Peningkatan Pelaburan Di Bawah PAS Dilaporkan MIDA


KUALA NERUS- Peningkatan pelaburan yang masuk ke Terengganu  melalui pentadbiran Kerajaan PAS adalah dibuktikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, laporan MIDA sudah cukup membuktikan bahawa PAS dapat mentadbir negeri ini dengan lebih baik berbanding ketika diperintah oleh Barisan Nasional sebelum ini.

"MIDA ini bukan di bawah PAs, bukan di bawah BERSATU, bukan di bawah Perikatan Nasional (PN) tetapi sebuah agensi Kerajaan.

"Sepanjang lima tahun kit mentadbir telah bawa masuk pelaburan sebanyak 11.5 billion berbanding lima tahun sebelum kiat menjadi kerajaan iaitu hanya 5.5 billion sahaja.

"Mana banyak tu, kita ke dia (BN) ? boleh pula dia kata kita tidak buat apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah PN Best yang dirasmikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dataran Jambatan Angkat, di sini semalam.


Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu berkata selama ini segala tindakan PAS dibuktikan dengan fakta bukan hanya sekadar bercakap semata-mata kerana itu tidak benar dakwaan pihak yang mengatakan tidak ada sebarang perubahan di bawah PAS.

"Beza kita dengan mereka ialah kita bercakap benda betul, fakta. Mereka sebut juga fakta tetapi (sebenarnya)auta," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, pada ketika ini sokongan rakyat terhadap PN semakin meningkat kerana kecewa dengan pemerintahan PHBN yang suka mencipta atas kegagalan menguruskan negara.

"Dimana-mana rakyat Malaysia bercakap, merintih dan sangat kecewa. Hari ini cakap lain, esok cakap lain dan memberikan pelbagai alasan yang diulang-ulang apabila pimpinan mereka bertemu mahasiswa, pegawai-pegawai Kerajaan (dan) bertemu rakyat.

"Ditanya apa jua soalan, jawapan tetap sama iaitu tatakelola, cerakinkan usaha ekonomi, memerangi rasuah dan kleptokrat, memeranagi mereka yang sakau duit rakyat.

"Inilah jawapan dia, tidak ada idea yang bernas untuk mengubah keadaan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat," ujarnya lagi.

Ulasan