Pertahan Buluh Gading Dengan Majoriti Besar


Oleh : Mujahid

KUALA NERUS : Ahli dan penyokong PAS DUN Buluh Gading yang  membanjiri perkarangan Dataran stadium Sultan Mizan diseru mempertahankan kemenangan dengan majoriti yang besar.

Calon PAS/ PN Ustaz Riduan Bin Hashim berkata, kerajaan Maju, Berkat dan Sejahtera mesti dikekalian kerana banyak mencapai kejayaan.

"Kita ada pelan induk PITAS yang perlu diteruskan untuk negeri menjadi lebih baik pada tahun 2030,

"Buluh Gading salah satu DUN yang wajib menang, kerja kuat supaya boleh tingkat majoriti," ujarnya.


Beliau menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9:05 pagi Sabtu di Pusat penamaan Calon Bahagian pilihanraya N10 Dun Buluh Gading.

Sebelum itu beliau bersama ratusan yang lain menunaikan solat hajat pada jam 7:15 pagi sebelum mengetuai perarakan menuju pusat pencalonan.

Manakala Calon Barisan Nasional, Omar Bin Adam menyerahkan borangnya pada Pukul 9:12am.. 

Ustaz Ridzuan turut menyeru agar semua ahli dan penyokong PAS, jangan lupa bermunajat kepada Allah dan bekerja semaksina yang mungkin untuk memohon Allah beri pertolongan dan kemenangan.

"tingkatkan kerja dan jangan lupa, kemenangan adalah daripada Allah, kita berusaha dan bertawakkal kepadaNya," kata beliau 




  

Ulasan