Pertembungan Dua Penjuru Di Tepuh

 


Oleh : Ahmad Faizol

KUALA NERUS: PILIHAN Raya Umum Negeri Ke-15 (PRUN-15) bagi Dewan Undangan Negeri bahagian Tepuh, Terengganu menyaksikan pertandingan dua penjuru diatara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan seorang muka baru dari Barisan Nasional (BN).

PAS mempertaruhkan penyandang kerusi itu selama dua penggal yang lepas iaitu Ustaz Hishamuddin Abdul Karim manakala Barisan Nasional (BN) meletakan muka baru, Muhammad Hanafi Hassan yang juga bekas Ketua Umno Pemuda Bahagian Kuala Nerus.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus PRUN-15 bahagian N09 Tepuh, Ybrs. Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli mengumumkan menerima kertas penamaan calon kedua-dua calon berkenaan pada jam 9.70 dan 9.10 minit pagi.


Ia diumumkan sebaik tempoh proses penamaan calon di Dewan Perdana kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus ditutup tepat pada 10 pagi selepas dibuka 9 pagi tadi.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lepas menyaksikan kemenangan berpihak kepada Ustaz Hishamuddin selepas menerima sebanyak 10782 undi seterusnya menewaskan dua orang pencabar iaitu Basir bin Ismail (BN) dan Wan Hafizie (PKR) dengan majoriti 2717 undi.


Ulasan