Prestasi Kerajaan PAS Terengganu Terus Meningkat


DUNGUN - Prestasi ekonomi Terengganu sepanjang dibawah pemerintan kerajaan Parti Islam Semalaysia (PAS) menunjukkan peningkatan saban tahun.

Terbaharu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah merekodkan nilai KDNK bagi negeri Terengganu berjumlah RM 37.3 bilion iaitu meningkat 5.9 peratus berbanding 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, merupakan peratusan tertinggi yang pernah dicatatkan dalam tempoh 15 tahun. 

Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan PAS Terengganu, Eikhwan Ali menyatakan pertumbuhan pelbagai subsektor mencerminkan keyakinan pelabur. 

"Berdasarkan trend yang meningkat iaitu 2.5 peratus pada 2018 kepada 3.3 peratus pada 2019, 3.7 peratus pada 2021 dan 5.9 peratus pada 2022, 

"jika momentum ini dikekalkan, kadar ini diunjurkan boleh mencecah 6.6 peratus pada 2023 menepati sasaran RMKe-12, " tulisnya dalam hantaran di media sosial

Pegawai Penyelidik Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu menambah, data PERKESO menunjukkan peluang pekerjaan di Terengganu  menunjukkan pertambahan pesat dengan kekosongan jawatan daripada 9,394 pada tahun 2020 kepada 41,250 pada tahun 2022. 

Dalam satu ciapan lain, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar berkata, "kadar pertumbuhan yang positif ini menandakan ekonomi negeri kita dalam keadaan sihat dan semakin berkembang". 

"Jadi, data ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ekonomi Terengganu tak berkembang sejak PRU14 yang lalu, " ujar beliau.

Ulasan