PRK Kuala Terengganu : InsyaAllah Amzad Akan Menang Bergaya

Pada PRU-15, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.

 KUALA TERENGGANU - PAS yakin, penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P036) Datuk Hj Ahmad Amzad Hashim akan mencapai kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman berkata, ia bersandarkan kepada majoriti lebih 40,000 undi yang diperolehi Amzad pada PRU15 lalu.

"Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRK serentak dengan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah yang terbaik,

"PAS juga telah mengambil keputusan terbaik apabila tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah pilihan raya," ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, langkah SPR itu bukan sahaja menjimatkan bahkan, tentulah kos untuk mengadakan Pilihan Raya berasingan memakan belanja jutaan ringgit.

"Maklumat yang saya perolehi insya Allah beliau akan mencapai kemenangan yang bergaya dalam PRK kali ni," jelas Ariffin

Sebelum itu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu (P036) akan diadakan pada 12 Ogos.depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, Dewan Banquet, Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan dijadikan sebagai pusat penamaan Calon (PPC) bagi PRK, iaitu berkongsi premis dengan DUN N15 Ladang.

Manakala, PPC bagi DUN N13 Wakaf Mempelam, N14 Bandar dan N16 Batu Buruk kekal di lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Namun, bagi pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU) bagi keempat-empat DUN berkenaan dan Parlimen Kuala Terengganu adalah berpusat di Menara MBKT," katanya.

Pada 5 Julai, SPR menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos.

Sementara, hari penamaan calon akan diadakan pada 29 Julai dan hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Pada 27 Jun lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Pada PRU-15, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.

Ulasan