Program Anjuran Ameerah Terima Sambutan Memberangsangkan


 Oleh: Nabilah Isa

DUNGUN - Kalau dahulu program yang dianjurkan oleh Ameerah (Muslimat Muda PAS) sukar untuk menarik penyertaan wanita muda tetapi akhir-akhir ini sambutan amat memberangsangkan. 

Pengarah Program Santai Ameerah, Puteri Maryam Mohd Ansari berkata DUN Rantau Abang yang di bahagi kepada tiga zon dan tanpa mengira zon  samada di kawasan bandar, darat dan pantai, sambutan tidak mengecewakan. 

"Ada yang hadir satu keluarga, bawa anak-anak ke program, satu kepuasan tengok kegembiraan anak anak, muslimat muda duduk sekali berkumpul.

" Menang dan kalah adat pertandingan, yang penting kemeriahan suasana dan silaturahim yang terbina tidak dapat dibeli dengan wang dan harta", katanya ketika dihubungi semalam. . 


Beliau yang juga Timbalan Pengarah Ameerah DUN Rantau Abang mengulas   Program Santai Ameerah DUN Rantau Abang dengan kerjasama PAS Cawangan Delong yang diadakan pada 19 Julai 2023 bertepatan dengan 1 Muharram 1445H. 

Menurutnya, kemeriahan program tersebut diserikan dengan penyertaan  yang menggalakkan daripada penduduk, ditambah lagi dengan acara memasak secara  gotong-royong dan makan tengahari secara berjemaah. 

"Aktiviti yang dijalankan di Kampung Pasir Pulau, Delong itu telah berjaya memberi peluang kepada lebih 50 keluarga  masa berkualiti bersantai bersama disamping  memupuk hubungan  lebih bahagia," ujarnya. 

Tambahnya lagi, program yang dijalankan diisi  pelbagai aktiviti seperti acara mengail bagi lelaki, acara mewarna kategori wanita dan kanak, bicara Maal Hijrah,  kuiz awal Muharram, teka berat tembikai, pemeriksaan kesihatan, sambutan hari lahir, cabutan bertuah dan jamuan rakyat. 

"Diharapkan semoga program sebegini dpt dijalankan untuk masa akan datang dan ukhuwwah yang dibina berkekalan, " ujarnya yang  bersyukur program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan komitmen anggota Ameerah 200%.



Ulasan