Puluhan Ribu Hadir Majlis Isytihar Calon

 


KUALA TERENGGANU - Puluhan ribu ahli dan penyokong PAS, PN hadir untuk. menyaksikan sendiri Majlis Isytihar Calon di Dewan Tuan Guru, masjid Rusila dan jumlah yang sama menonton menerusi siaran langsung melalui pelbagai platform media sosial. 

Limpahan manusia membanjiri sehingga ke jalan raya hadapan lokasi, menunjukkan sokongan padu rakyat Terengganu kepada PAS dan PN menjelang hari penamaan calon pada Sabtu 29 Julai. 

Antara pemimpin kanan PAS yang hadir dan berucap ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan. 

Sebelum majlis bermula, PAS mengarahkan semua ahli dan seluruh jentera di semua peringkat terus bergerak dengan komitmen yang paling maksima untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15 dan  Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu serentak pada 12 Ogos 2023 nanti.

'adalah diingatkan semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki taat dan patuh kepada segala arahan dan perintah Parti terutama oleh Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan khususnya Jabatan Pilihan Raya PAS dalam tempoh Pilihan Raya ini. 


"Secara tegasnya sebarang tindakan yang menyalahi dan merugikan Parti adalah suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sehingga dipecat dari Parti. Ini termasuklah sebarang tindakan seumpama menjadi 

Calon atau menyokong Calon selain daripada Calon Perikatan Nasional." tegas Ahli Parlimen Kota Bharu itu, melalui kenyataan rasmi PAS Pusat. 

Justeru, kata Takiyuddin, PAS mewajibkan semua ahli-ahli dan penyokong PAS agar keluar mengundi seawalnya pada Hari Mengundi kelak dan memberikan undi kepada Perikatan Nasional.

Selain itu, tambahnya, sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan khususnya dalam tempoh Pilihan Raya ini.

"PAS yakin dengan perjuangannya yang berteraskan Islam serta hala tuju yang jelas demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara yang digerakkan bersama Gabungan Perikatan Nasional, 

"akan terus diberikan mandat untuk mara berkhidmat kepada negara dan rakyat jelata di peringkat negeri dan negara." jelas beliau



Ulasan