Rakyat Akan Hukum Umno Sekali Lagi


KUALA TERENGGANU - Rakyat sekali lagi akan menghukum Umno pada  Pilihan Raya  DUN Negeri Terengganu ke-15 setelah mereka melakukannya pada PRU15..sehingga parti itu 

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang berkata, kemenangan sapu bersih kesemua kerusi parlimen, sehingga Umno terpaksa sujud kepada DAP dinperingkat persekutuan.

Menurut beliau, penyatuan Melayu Islam, PAS, Umno dan BERSATU berjaya membentuk kerajaan pusat pada penggal lalu.

"Hasil dari gabungan tenaga penyatuan ummah, bangsa dan agama Islam demi negara tercinta, dalam perikatan Nasional, 

"Tetapi tiba-tiba mari pilihan raya Parlimen mereka(UMNO) keluar daripada Perikatan Nasional dan dalam PRU14 rakyat menghukum mereka sehingga Umno kalah teruk dan terpaksa bersujud kepada DAP untuk membentuk kerajaan, " tempelaknya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengumuman Calon PAS Perikatan Nasional Pilihan Raya DUN Negeri Terengganu ke -15 di Dewan Tok Guru, Rusila di sini pada 27 Julai.

Tambahnya, sejarah tersebut  harus menjadi ingatan dan penyuntik  semangat untuk ahlli dan penyokong PAS terus bekerja.

"Kita mesti berusaha sepenuh tenaga serta hati sebagai jaminan untuk kita mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang akan datang,

"Kita perlu mempertahankan 22 kerusi yang dimenangi pada 8 Mei 2018  dalam PRU14 dan juga  merampas  10 kerusi lagi  yang menjadi genggaman UMNO untuk menjadikan PAS menang 32 -0, " teganya.

Ulasan