Rakyat Perlu Terus Beri Kepercayaan Kepada PN


KUALA TERENGGANU - Rakyat Terengganu perlu terus memberikan kepercayaan dengan memberi undi kepada PAS dan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 12 Ogos nanti. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu II, Dato' Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, berdasarkan rekod kepimpinan cemerlang diterajui oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri, tidak ada isu besar yang berbangkit sepanjang lima tahun ini. 

"Tidak ada isu yang melibatkan salahguna kuasa atau rasuah, tidak ada isu yang melibatkan penyelewengan bahkan kita menggarap sebaik mungkin isu-isu yang melibatkan agama, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya kearah yang lebih berjaya," ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Malam Kesenian Islam sempena Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini semalam.

Menurutnya lagi, ekonomi Terengganu terus berkembang dengan baik, bahkan anak syarikat milik kerajaan itu yang dahulunya mencatat kerugian berterusan

"Alhamdulillah, hari ini, sebahagian besarnya mencatat keuntungan sehingga syarikat induk milik kerajaan negeri telah memperolehi keuntungan melebihi 1 bilion." jelasnya lagi

Ulasan