Rakyat Selesa Di Bawah Kerajaan PAS


DUNGUN - Walaupun pelbagai tohmahan BN-PH namun realitinya, rakyat  berasa selesa dengan kerajaan Terengganu hari ini yang ditadbir oleh PAS.

Seorang pemuda yang ditemui, Muhammad Solehulilmi Ramli, 33 berkata banyak yang telah telah kerajaan sediakan   untuk memberi peluang golongan muda membina masa depan.

"Walaupun saya tidak terima kerana tidak layak tetapi saya gembira tengok kawan-kawan saya gembira," katanya.

Beliau yang ditemui semasa Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Dungun ke DUN Rantau Abang untuk membantu membersih rumah penduduk terpilih di Kampung Alor Mak Bah di sini pada 23 Julai.

Kumpulan seramai 20 orang Skuad Khidmat dan AJK Kebajikan diketuai oleh Ketuanya, Siti Zaleha Mohd. 

Sementara itu ibunya, Khursiah Yusoff, 59 bersyukur dengan kecaknaan bukan sahaja kerajaan tetapi PAS juga.

"Macam hari ini, Kebajikan PAS mari tolong  mengemas rumah dan Pengerusi JPKK (Ketua PAS Cawanganpun) selalu mari bertanya kabar," katanya telah dipotong kaki akibat jangkitan kuman dalam tulang betis.

Cenderahati telekung sembahyang turut disampaikan kepada tuan rumah daripada Siti Zaleha sebagai tanda terimakasih menerima kunjungan mereka.

Ulasan