Sentiasa Semaikan Kasih Sayang


Oleh : Mujahidah Solehah Wan Azhar

BESUT - Pasangan suami isteri perlu sentiasa melazimi sikap positif untuk menyemai dan menyuburkan perasaan kasih sayang dalam sesebuah keluarga yang telah dibina.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berrkata, para peserta yang hadir perlu mengutip pengisian yang bermanfaat untuk direalisasikan dalam kehidupan seterusnya membawa keluarga menuju syurga Allah.

"Tahniah kepada pihak penganjur, iaitu Ameerah DUN Jerteh kerana menganjurkan program sebegini, 

“ini menunjukkan Ameerah iaitu Muslimat Muda PAS begitu cakna dengan isu semasa yang mengetengahkan hal ehwal wanita, " ujarnya ketika dihubungi semalam mengulas program 'Talk With Lawyer: Hak & Tanggungjawab Wanita Sebelum, Semasa dan Selepas Berkahwin',

Husna Yusoff

Program yang diadakan di Kafe Dihatimu di sini pada 14 Julai itu telah mengundang Peguam Syarie Negeri Kelantan, Husna Yusoff menjadi panel perbincangan.

Menurut Husna, wanita, sama ada yang belum berpasangan mahupun yang sudah berkeluarga perlu ‘membumi’ peranannya dalam institusi keluarga.

"Wanita yang berjiwa besar ialah yang mengetahui tanggungjawab dan nekad memenuhi hak-hak dalam keluarganya. Bukan sekadar penuhi hak ahli keluarga, bahkan juga memenuhi hak dirinya sendiri sebagai permaisuri dalam rumahtangga.

"Statistik menunjukkan perkahwinan yang berusia 1 hingga 5 tahun menduduki carta peratus yang tertinggi dalam perceraian Malaysia, puncanya kerana kejutan ekonomi dan baru mengetahui sikap pasangan yang tidak boleh diterima," terangnya lagi.



Ulasan