Seru Corak Lanskap Politik

 


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Muslimat Terengganu diseru agar mencorakkan lanskap politik bagi menentukan Islam dapat dilaksanakan sebaik mungkin pada Kerajaan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Naib ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd berkata, dengan kemenangan pada pilihan raya nanti PAS dapat meneruskan lagi kerja-kerja beri kesejahteraan kepada rakyat.

“Kita juga kena ingat tugas kita sangat besar, kita bukan sahaja urus rumah tangga, lahir anak-anak kecil yang pelbagai ragam.

“Kita jangan lupa kita ada tugas dan tanggungjawab sama dengan kaum lelaki. Kalau kaum lelaki yang juga kepimpinan dalam rumahtangga kita, mereka melaksanakan Islam dalam diri dan negara.

"Tugas kita juga adalah untuk melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli parlimen Temerloh berkata demikian dalam program  pentas Mujahidah   di dataran Jambatan Drawbridge, pada hari ini.

Menurutnya, setiap ketua keluarga hendaklah memastikan anak-anak untuk mengundi parti Islam Semalaysia (PAS) dan juga menjadi pendokong kepada parti.


“Kita bersedia mempertahankan kemenangan dengan membina kekutan peribadi dengan bina hubungan dengan Allah swt. 

“Bina hubungan ini kerana pertolongan Allah akan bersama-sama dengan orang-orang yang memberikan rukyah, keyakinan untuk perjuangan ini Allah turunkan. 

“Pertolongan Allah termasuk membuka hati pengundi  untuk beri keyakinan  dan kepercayaan kepada PAS. Insya Allah,” katanya.

Beliau menambah, parti hendaklah memperteguhkan organisasi pembinaan dengan melaksanakan tugas yang  diamanahkan samaada dalam bentuk Lajnah Tarbiyyah, dakwah dan Penerangan.

“Yang kedua bukan sahaja individu tetapi organisasi parti. Bagaimana kita nak tujuan terakhir untuk memberikan penjelasan untuk sasaran di luar sana untuk memahami dan melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian.

“Kalau kita tak boleh nak jadi penceramah kita akan jadi pendegar dalam majlis yang dianjurkan. 

"Kalau kita tak boleh jadi pendengar ada banyak halangan kita menjadi penyumbang kepada dana yang diperlukan menjayakan program," ujarnya.

Justeru itu, beliau agar jangan ketinggalan memberi sumbangan samada dari mana-mana aspek bagi memperkuatkan jemaah demi mempertahankan kemangan islam.

“Alangkah rugi kalau kita lihat pada kali ini kita tidak  bersama-sama untuk berikan sumbangan kepada Jemaah,” tambah beliau.

Ulasan