Shabery Digesa Selesaikan Isu Lama Felda

 


KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek digesa tidak menyalahgunakan jawatannya hanya untuk kempen politik, tetapi menyelesaikan isu lama yang masih belum selesai. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, beliau telah menyuarakan masalah sejumlah besar, status tanah yang dipercayai, diteroka 'secara haram' oleh Felda. 

"Nampak semangat Pengerusi baru Felda berkempen untuk PRN. 

"Saya nak mintak Pengerusi Felda sebagai orang Terengganu tolong selesaikan isu lebih 13 ribu hektar tanah milik Kerajaan Negeri yang dijadikan ladang sawit oleh Felda sejak tahun 80-an," tegas beliau. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman sosialnya dipercayai memberi komentar kepada Shabery yang giat berceramah politik. 

Menurut Dr Azman, tanah yang begitu besar diusahakan oleh Felda tanpa dimasukan peneroka dan sekarang diserahkan kepada FGV. 


"tanah berbelas ribu hektar tersebut tidak pernah dapat geran hak milik yang sah dari Kerajaan Negeri dan tak pernah dibayar cukai tanah." jelasnya. 

"Sudah berulang kali saya mewakili Kerajaan Negeri ajak pihak Felda ke meja rundingan bagi selesaikan isu lapuk ini tapi mereka selalu menolak dan mengelak." tambah beliau. 

Kempen Shabery, yang kerap diadakan di Kemasik itu menjadi bualan dalam kalangan 'netizen' tentang kemungkinan besar akan bertanding dalam DUN tersebut.

Pengarah Komunikasi Strategik BN itu juga dilaporkan menjadi penasihat media kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut media, pelantikan Shabery berkuatkuasa 1 Julai, menamatkan perkhidmatan Tan Sri Idris Jusoh sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa 30 Jun ini, lebih awal dari tarikh sepatutnya Mei tahun depan.

Ulasan