KUALA TERENGGANU – Kejohanan sukaneka sempena Jelajah Mega Perikatan Nasional (PN) dan Himpunan Teguh Pertahan menerima sambutan meriah oleh pengunjung di sini.
Program yang berlangsung di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu itu bermula pada jam 3.30 petang.
Kebanyakan peserta mula membanjiri perkarangan acara itu sekitar jam 3.00 petang selepas selesai solat Jumaat.
Seramai lebih 200 peserta secara keseluruhan yang mendaftarkan diri dalam acara sukaneka itu dan pertandingan diadakan secara berasingan lelaki dan perempuan.
Kemeriahan lebih dirasai apabila program itu disertai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur.
Antara acara yang dipertandingkan sepanjang sukaneka itu berlangsung adalah Tuju Gol, Tarik Tali, Memanah, Timbang Bola dan pelbagai lagi.
Program yang berakhir pada jam 5 petang itu diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Parti Islam Se-lamaysia (PAS) Terengganu, Senator Dato’ Husain Awang.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.
Turut mencuri tumpuan pada sukaneka itu adalah pertandingan motosikal lambat yang julung kali diadakan dan menerima penyertaan paling meriah
.
Ulasan